Thursday, July 21, 2011

Kerja...Kerja..Kerja

Hari ni masa sampai je kat tempat kerja
Chaq dikejutkan dengan berita
pemberhentian kerja pekerja-pekerja kontrak...
Sedihnya hati.....kenapa tiba-tiba ye...
berbagai persoalan bermain dalam fikiran.
kemana mereka selepas ini..

Adik-adik sekelian
Bumi Allah ni luas
Jangan mudah putus harapan
Rezeki Allah ada di mana-mana
Carilah kerja lain
Berusaha
Berdoa
Insyallah
berjaya.

Sunday, July 17, 2011

Sesuatu Yang Baru Dicuba.....Nama dia Quilling

Apa benda ni...kata kraftangan....macam tak jadi je

Taraaaa...kualiti tak berapa elok lagi....

Selamat Hari Lahir Fieza..jangan maree aaa

Dua tiga minggu lepaih Chaq terjumpa blog yang dok buat kraf ni. Depa namakan dia Quilling. Chaq tertarik sungguh dengan keraih tangan depa nie, dari sepotong kertaih boleh buat kraf yang cantikkkkkkkkkk sangatttttt. Tabik la kat depa2 yang dok buat gulongan kertaih ni.

Apa lagi Chaq pun cari la kat Youtube cara depa buat Quilling ni. Dok try dua tiga kali...syok jugak. Jadi ralit dok gulong, gam dan picit kertas nak buat bunga sampai kena komplain dengan Cik Abe Chaq.

Berkat usaha yang tak kenai jemu jadi la juga sekeping kad hari lahir buat kawan Chaq. Walaupun tak berapa nak cantik macam orang lain buat...tapi yang jangan tak percaya dah ada permintaan. Boleh buat duit ni.., kena pulun la lagu ni...

Assalammualaikum

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dan السلام عليكم
Ada cerita yang hendak dikongsi
Ada kenangan yang hendak dicerita
Ada pengalaman yang mematangkan jiwa
Ada segalanya yang tersurat dan tersirat
buat renungan kita bersama.

Semuga perjalanan tinta tidak kering
Semuga niat ini akan direstui ALLAH SWT.

Semuga dipermudahkan segalanya
Insyallah
AMIN.