Thursday, August 18, 2011

Atas Nama Kerja Aku Tanggung AMANAH ini.

Alhamdulillah dah habis shift untuk minggu ni. Minggu kerja malam...standard ahhhh mengantuk...tp nak buat macamana mengantuk2pun kena jege' jugak bijik mata atas nama KERJA.

Wednesday, August 17, 2011

VSS

Hangpa pernah dengaq dak dengan VSS. Voluntarily Separation Scheme (VSS)..tu la makna dia. Bila sesebuah syarikat mengalami kejatuhan ekonomi dan memulakan langkah2 penjimatan. salah satu cara, dia akan buka tawaran VSS ~ pemberhentian kerja secara sukarela dan dibayar dengan sejumlah wang yang tertentu.
Hari ni masa masuk kerja tadi, tup2 heboh satu kilang yang dok cerita tentang VSS ni. Sapa nak ambik ooi...depa nak sukarela yang nak berhenti sebanyak 40orang.
Cuak jugak bila fikir tentang masalah ni. Dok tertanya2 jugak sorang2, awat kilang aku ni teruk sangat ke ekonomi dia. Dulu shutdown hari ni VSS pulak. Kalau ambil VSS aku nak p kerja kat mana pulak sbb waktu2 la ni semua tempat mengalami kejatuhan ekonomi.
Tak boleh jadi, kena pikiaq panjang ni...duit walaupun dapat banyak manapun tak cukup. Bila habis duit tu...nak bayar hutang macamana?????

Tuesday, August 16, 2011

Malam Kedua Kat Kilang

Malam ni aku sorang2 yang ada kat dalam opis ni. Rasa macam boss pun ada. Bayangkanlah opis punya besaq hanya aku yang ada di dalamnya...tak ke gila namanya. Habis semua lampu aku bukak. Sesekali aku terkejut dengan pak gad yang dok mai ronda sejam sekali (masa awai2 masuk kerja la...bila dah mai tengah malam depa masuk ronda 3-4jam sekali..last2 tinggai aku dok terconggoh tang ni.
Masuk ronda kat dalam production hanya 3bijik mesin yang jalan. HAH!!!!! dia mai syeh rajin la pulak malam ni...aku dok right kertaih jawapan operator masa buat refresher minggu lepaih. Habis jugak akhirnya..tunggu malam esuk la pulak nak buat filling.

Monday, August 15, 2011

Kemelesetan Ekonomi lagi ke?????

Dah sebulan lebih production kurang aktiviti. Mesin tak banyak jalan sebab tak banyak order yang masuk. Sebabnya ....depa kata ekonomi Amerika jatuh...Aku bukan faham pasai ekonomi2 nie, tp dalam hati dok risau jugak kerana sejak dua menjak ni management dok plan shutdown je sebab nak kurangkan kos operasi. SHUTDOWN???? hangpa tau dak menatang apa tu.. kalau kerja kilang menatang shutdown ni kira ayat sensitif la. PASAI APA?.. Pasainya ada orang yang kena berehat kat rumah dengan dipaksa, tang berehat tu dengaq seronok tapi hangpa tau dak bila tak mai kerja cuti kena potong. Kalau hang ada cuti tahunan lagi...yang tak dak cuti tahunan alamatnya kira cuti tak berbayar laaa.... Sedeyyyy tau...kalau dalam seminggu kerja cuma dua hari saja. SEBULAN... tolak campuq lebih kurang kerja sepuluh hari je.

La ni dah ramai yang dok mengcongak gaji bulan ni....lepaih dak nak bayar hutang. Takutt....
Apa-apapun rezeki daripada ALLAH SWT, kita kena banyak bersyukur dengan rezeki yang dia bagi dan bersabaq.