Sunday, September 11, 2011

VSS dan AKU

Malam ini adalah malam shift terakhir untuk group aku bekerja malam. Tadi dalam pukol 830pm sedikit jamuan raya kami adakan. Adakah jamuan raya ni akan menjadi jamuan perpisahan untuk aku?, kerana aku jugak bercadang untuk mengambil VSS jika ada lagi. Rasa tak larat dah nak kerja. Lutut sentiasa sakit2 lagi walaupun dah bermacam usaha aku lakukan untuk menghilangkan rasa sakit ini. Mungkin aku perlu berehat di rumah bagi menghilangkan rasa sakit ini selain berubat.
Pada pandangan orang, nampak aku macam biasa saja, tapi setiap kali aku duduk dan bangun untuk memulakan langkah pertama......Allah saja yang tahu betapa sakitnya.

Tuesday, August 23, 2011

Hari Yang Penuh Dengan Debaran

Hari ini semua orang yang ada kat kilang dok tunggu dengan penuh debaran pengumuman daripada boss masing2. Apa yang depa dok tunggu:
DEPA semua dok tunggu nak dengaq sapa la yang terpilih nak dapat VSS. AKU????? tak mintapun...tapi kalau dapat ambik je.
Masing2 dah dok mencongak kira berapa jumlah yang depa nak dapat. Dengaq kata banyak jugak depa bagi:
2x bonus tahunan
2x extra bonus
2x tender letter
x dengan berapa tahun kita kerja kat sini.

Rezeki...rezeki....ALLAH nak bagi.
Tapi lepaih tu kenala pakat2 p cari kerja lain la. Duit lama2 boleh habis.

Thursday, August 18, 2011

Atas Nama Kerja Aku Tanggung AMANAH ini.

Alhamdulillah dah habis shift untuk minggu ni. Minggu kerja malam...standard ahhhh mengantuk...tp nak buat macamana mengantuk2pun kena jege' jugak bijik mata atas nama KERJA.

Wednesday, August 17, 2011

VSS

Hangpa pernah dengaq dak dengan VSS. Voluntarily Separation Scheme (VSS)..tu la makna dia. Bila sesebuah syarikat mengalami kejatuhan ekonomi dan memulakan langkah2 penjimatan. salah satu cara, dia akan buka tawaran VSS ~ pemberhentian kerja secara sukarela dan dibayar dengan sejumlah wang yang tertentu.
Hari ni masa masuk kerja tadi, tup2 heboh satu kilang yang dok cerita tentang VSS ni. Sapa nak ambik ooi...depa nak sukarela yang nak berhenti sebanyak 40orang.
Cuak jugak bila fikir tentang masalah ni. Dok tertanya2 jugak sorang2, awat kilang aku ni teruk sangat ke ekonomi dia. Dulu shutdown hari ni VSS pulak. Kalau ambil VSS aku nak p kerja kat mana pulak sbb waktu2 la ni semua tempat mengalami kejatuhan ekonomi.
Tak boleh jadi, kena pikiaq panjang ni...duit walaupun dapat banyak manapun tak cukup. Bila habis duit tu...nak bayar hutang macamana?????

Tuesday, August 16, 2011

Malam Kedua Kat Kilang

Malam ni aku sorang2 yang ada kat dalam opis ni. Rasa macam boss pun ada. Bayangkanlah opis punya besaq hanya aku yang ada di dalamnya...tak ke gila namanya. Habis semua lampu aku bukak. Sesekali aku terkejut dengan pak gad yang dok mai ronda sejam sekali (masa awai2 masuk kerja la...bila dah mai tengah malam depa masuk ronda 3-4jam sekali..last2 tinggai aku dok terconggoh tang ni.
Masuk ronda kat dalam production hanya 3bijik mesin yang jalan. HAH!!!!! dia mai syeh rajin la pulak malam ni...aku dok right kertaih jawapan operator masa buat refresher minggu lepaih. Habis jugak akhirnya..tunggu malam esuk la pulak nak buat filling.

Monday, August 15, 2011

Kemelesetan Ekonomi lagi ke?????

Dah sebulan lebih production kurang aktiviti. Mesin tak banyak jalan sebab tak banyak order yang masuk. Sebabnya ....depa kata ekonomi Amerika jatuh...Aku bukan faham pasai ekonomi2 nie, tp dalam hati dok risau jugak kerana sejak dua menjak ni management dok plan shutdown je sebab nak kurangkan kos operasi. SHUTDOWN???? hangpa tau dak menatang apa tu.. kalau kerja kilang menatang shutdown ni kira ayat sensitif la. PASAI APA?.. Pasainya ada orang yang kena berehat kat rumah dengan dipaksa, tang berehat tu dengaq seronok tapi hangpa tau dak bila tak mai kerja cuti kena potong. Kalau hang ada cuti tahunan lagi...yang tak dak cuti tahunan alamatnya kira cuti tak berbayar laaa.... Sedeyyyy tau...kalau dalam seminggu kerja cuma dua hari saja. SEBULAN... tolak campuq lebih kurang kerja sepuluh hari je.

La ni dah ramai yang dok mengcongak gaji bulan ni....lepaih dak nak bayar hutang. Takutt....
Apa-apapun rezeki daripada ALLAH SWT, kita kena banyak bersyukur dengan rezeki yang dia bagi dan bersabaq.

Monday, July 25, 2011

No Production

Tup tup dah 4malam Chaq kerja. Dah habis shiftpun.....tapi satu kerjapun tak jadi sebab production la ni tak banyak order...operator maipun dok saja je. Nak buat training dah habis semua...Boring jugak...
Acara minggu ni pasai makan-makan je. Kerja kurang makan je yang lebih. Nak menghabiskan masa 4 malam, punyala terasa lamaaaaaaa sangat.
Minggu ni kerja pagi pulak...kalaula keadaan masih sama...fuhhhhhhh boleh jadi gilaaaa sebab terlalu boringgg. Kita tengokla apa nak jadi minggu nie.......silap, silap haribulan depa suruh ambil cuti dok rumah je.Jangan ooi...sebab cuti yang ada dok simpan masa nak raya nanti. Buatnya disuruh ambil la cuti tu, alamat raya ni Chaq beraya kat kilang la....tak mau, tak mau...

Thursday, July 21, 2011

Kerja...Kerja..Kerja

Hari ni masa sampai je kat tempat kerja
Chaq dikejutkan dengan berita
pemberhentian kerja pekerja-pekerja kontrak...
Sedihnya hati.....kenapa tiba-tiba ye...
berbagai persoalan bermain dalam fikiran.
kemana mereka selepas ini..

Adik-adik sekelian
Bumi Allah ni luas
Jangan mudah putus harapan
Rezeki Allah ada di mana-mana
Carilah kerja lain
Berusaha
Berdoa
Insyallah
berjaya.

Sunday, July 17, 2011

Sesuatu Yang Baru Dicuba.....Nama dia Quilling

Apa benda ni...kata kraftangan....macam tak jadi je

Taraaaa...kualiti tak berapa elok lagi....

Selamat Hari Lahir Fieza..jangan maree aaa

Dua tiga minggu lepaih Chaq terjumpa blog yang dok buat kraf ni. Depa namakan dia Quilling. Chaq tertarik sungguh dengan keraih tangan depa nie, dari sepotong kertaih boleh buat kraf yang cantikkkkkkkkkk sangatttttt. Tabik la kat depa2 yang dok buat gulongan kertaih ni.

Apa lagi Chaq pun cari la kat Youtube cara depa buat Quilling ni. Dok try dua tiga kali...syok jugak. Jadi ralit dok gulong, gam dan picit kertas nak buat bunga sampai kena komplain dengan Cik Abe Chaq.

Berkat usaha yang tak kenai jemu jadi la juga sekeping kad hari lahir buat kawan Chaq. Walaupun tak berapa nak cantik macam orang lain buat...tapi yang jangan tak percaya dah ada permintaan. Boleh buat duit ni.., kena pulun la lagu ni...

Assalammualaikum

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dan السلام عليكم
Ada cerita yang hendak dikongsi
Ada kenangan yang hendak dicerita
Ada pengalaman yang mematangkan jiwa
Ada segalanya yang tersurat dan tersirat
buat renungan kita bersama.

Semuga perjalanan tinta tidak kering
Semuga niat ini akan direstui ALLAH SWT.

Semuga dipermudahkan segalanya
Insyallah
AMIN.