Sunday, September 11, 2011

VSS dan AKU

Malam ini adalah malam shift terakhir untuk group aku bekerja malam. Tadi dalam pukol 830pm sedikit jamuan raya kami adakan. Adakah jamuan raya ni akan menjadi jamuan perpisahan untuk aku?, kerana aku jugak bercadang untuk mengambil VSS jika ada lagi. Rasa tak larat dah nak kerja. Lutut sentiasa sakit2 lagi walaupun dah bermacam usaha aku lakukan untuk menghilangkan rasa sakit ini. Mungkin aku perlu berehat di rumah bagi menghilangkan rasa sakit ini selain berubat.
Pada pandangan orang, nampak aku macam biasa saja, tapi setiap kali aku duduk dan bangun untuk memulakan langkah pertama......Allah saja yang tahu betapa sakitnya.