Monday, May 7, 2012
Night Shift....
Dah tiga malam Chaq kerja...dok tunggu esuk ja satu hari lagi kerja lepaih tu bercuti la. Mata bila sampai time2 pukoi 5-6 pagi dah tak boleh nak bukak. Macam ada gam ja...Punya la dok jege jugak sampai kepala jadi pening. Tapi nak buat macamana, nak tidoq???????huisss takut la, sat gi kena tangkap dengan pak gad, jadi kes lain pulak. Agaknya umoq2 macam Chaq ni dah tak sesuai kerja malam kot.
Balik rumah sat gi, dalam dok tunggu tok laki nak pi kerja....dan krohhh jugak ataih kerusi. Bila tok laki keluar ja pi kerja, Chaq terus tidoq la...apapun tak buat dah...legaa rasanya...
Jari-Jari ku sakit semua....
Dok pulun nak bagi siap tempahan ni.....adoi sakit habih jari2 Chaq...sampai nak bengkokpun dah tak boleh, jadi keraih habih. Tu la Tok laki dah bagi nasihat "hang jangan dok pulun sangat sat gi komplen sakit jari". Dok ketegaq situ la kita ni...bukan apa sebab dah janji dengan kawan nak siapkan dalam minggu ni jugak..tu yang pulun kait sampai ketaq kepala2.
Tapi bila tengok hasil dia puihati la.
Jom kita tengok.....Taraaa...
Saturday, May 5, 2012
Bunga Untuk Gantung Dalam Kereta
Ada orang tanya benda apa ni??? Benda ni ialah craft yang Chaq buat daripada benang untuk buat hiasan di dalam kereta. Semua ni adalah idea anak menakan Chaq (Angah). Banyak jugak la yang diorder. Sebijik RM15 je.
Happy Birthday
Cantik tak??????

20hb lepas Chaq dan kawan-kawan dah sepakat nak buat jamuan terkejut sempena harijadi USHA. Selamat Hari Jadi USHA.
Dan yang paling seronoknya kali ni Chaq buat satu lagi kad Hari Jadi special....
Dalam tak dak kualiti kad yang Chaq buat, dah ada yang tanya nak tempah...
Aduiss...macamana ni???

BERSAWANG WEI!!!!
Dah agak lama Chaq tak ketuk keybod nie. Rasa macam dah malas nak update buku blog ini. Dah bersawang!!!!! Sesekali mai jengok blog ni tetiba rasa rindu lak nak update. Gatai tangan la kata orang. Hari Pagi ini dengan penuh bersemangat Chaq nak teruskan blog. Betui ka….atau 7 bulan sekali baru nak update??????. Kita tengok sapa yang kena…….
Sunday, September 11, 2011
VSS dan AKU
Malam ini adalah malam shift terakhir untuk group aku bekerja malam. Tadi dalam pukol 830pm sedikit jamuan raya kami adakan. Adakah jamuan raya ni akan menjadi jamuan perpisahan untuk aku?, kerana aku jugak bercadang untuk mengambil VSS jika ada lagi. Rasa tak larat dah nak kerja. Lutut sentiasa sakit2 lagi walaupun dah bermacam usaha aku lakukan untuk menghilangkan rasa sakit ini. Mungkin aku perlu berehat di rumah bagi menghilangkan rasa sakit ini selain berubat.
Pada pandangan orang, nampak aku macam biasa saja, tapi setiap kali aku duduk dan bangun untuk memulakan langkah pertama......Allah saja yang tahu betapa sakitnya.
Pada pandangan orang, nampak aku macam biasa saja, tapi setiap kali aku duduk dan bangun untuk memulakan langkah pertama......Allah saja yang tahu betapa sakitnya.
Tuesday, August 23, 2011
Hari Yang Penuh Dengan Debaran
Hari ini semua orang yang ada kat kilang dok tunggu dengan penuh debaran pengumuman daripada boss masing2. Apa yang depa dok tunggu:
DEPA semua dok tunggu nak dengaq sapa la yang terpilih nak dapat VSS. AKU????? tak mintapun...tapi kalau dapat ambik je.
Masing2 dah dok mencongak kira berapa jumlah yang depa nak dapat. Dengaq kata banyak jugak depa bagi:
2x bonus tahunan
2x extra bonus
2x tender letter
x dengan berapa tahun kita kerja kat sini.
Rezeki...rezeki....ALLAH nak bagi.
Tapi lepaih tu kenala pakat2 p cari kerja lain la. Duit lama2 boleh habis.

Subscribe to:
Posts (Atom)