Monday, August 15, 2011

Kemelesetan Ekonomi lagi ke?????

Dah sebulan lebih production kurang aktiviti. Mesin tak banyak jalan sebab tak banyak order yang masuk. Sebabnya ....depa kata ekonomi Amerika jatuh...Aku bukan faham pasai ekonomi2 nie, tp dalam hati dok risau jugak kerana sejak dua menjak ni management dok plan shutdown je sebab nak kurangkan kos operasi. SHUTDOWN???? hangpa tau dak menatang apa tu.. kalau kerja kilang menatang shutdown ni kira ayat sensitif la. PASAI APA?.. Pasainya ada orang yang kena berehat kat rumah dengan dipaksa, tang berehat tu dengaq seronok tapi hangpa tau dak bila tak mai kerja cuti kena potong. Kalau hang ada cuti tahunan lagi...yang tak dak cuti tahunan alamatnya kira cuti tak berbayar laaa.... Sedeyyyy tau...kalau dalam seminggu kerja cuma dua hari saja. SEBULAN... tolak campuq lebih kurang kerja sepuluh hari je.

La ni dah ramai yang dok mengcongak gaji bulan ni....lepaih dak nak bayar hutang. Takutt....
Apa-apapun rezeki daripada ALLAH SWT, kita kena banyak bersyukur dengan rezeki yang dia bagi dan bersabaq.

No comments:

Post a Comment